Pada akhir 2010, Persatuan Seni Silat Kunci Melayu Melaka, telah mencatat satu sejarah, apabila diberi keutamaan untuk mengadakan persembahan silat bagi menyambut dan meraikan kehadiran YAB Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Haji Mohd Ali bin Rustam di Wisma Seri Melaka Mesir. Kehadiran beliau untuk melawat penuntut-penuntut Melaka khasnya dan Malaysia amnya, untuk melihat kebajikan dan keadaan penuntut Malaysia di Mesir.
Persembahan diketuai oleh En. Omar Mokhtar yang juga pengasas SIKUME cawangan Mesir bersama rakan "sparing" persembahan beliau En. Mohammad Himma Shafiq, memberi kejutan dan keterujaan kepada Datuk Seri Ketua Menteri Melaka. Beliau sangat bangga dan kagum dengan kesungguhan kerabat-kerabat SIKUME Mesir dan berjanji akan memberikan peruntukan agar SIKUME Mesir akan terus berkembang maju.
Tahniah kepada En. Omar Mokhtar selaku pengasas SIKUME Mesir dan kerabat-kerabat SIKUME Mesir. Semoga kejayaan ini menjadi perangsang untuk anda terus bergiat dalam memperjuangkan seni silat pusaka bangsa.