ALBUM SIKUME

Juara Masal Puteri Pertandingan Silat Seni Peringkat Sekolah-Sekolah Negeri Melaka 2010

Solo Wanita Sekolah Menengah Teknik Jasin

Jurus Wajib Sekolah Menengah St David Bukit Baru Melaka

Rabu, 6 Oktober 2010

Pengumuman Penting

Kepada,

Para kerabat Persatuan Seni Silat Kunci Melayu Melaka (SIKUME).

Bahawasanya saya, Guru Utama S.B.Afeid bin Haji Buang, PJK., PBM., selaku Yang DiPertua SIKUME, ingin mengingatkan kepada semua kerabat, ahli dan bekas ahli-ahli persatuan SIKUME dan individu yang pernah dan berkaitan dengan persatuan ini, agar tidak menggunakan nama persatuan untuk agenda individu tanpa merujuk kepada keizinan dan restu dari pihak perguruan SIKUME.

Maksud agenda individu adalah seperti di bawah :-
1. Mengadakan perjumpaan atau mesyuarat rasmi atau tidak rasmi.
2. Mengadakan persembahan atau pertunjukan seni silat.
3. Mengadakan pembukaan gelanggang baru.
4. Mengadakan latihan, kursus, pertandingan secara rasmi atau tidak rasmi.
5. Mengadakan kutipan dana untuk tabung persatuan secara rasmi atau tidak rasmi.
6. Mengadakan jamuan makan atau keramaian secara rasmi atau tidak rasmi.

Jika sesiapa didapati melakukan kesalahan-kesalahan seperti tercatit di atas, pihak perguruan akan mengeluarkan surat amaran dan tunjuksebab dari pesalahlaku dan akan bersedia melakukan perundingan.

Pihak perguruan juga tidak teragak-agak untuk membawa pesalahlaku mengikut landasan undang-undang jika perlu, sekiranya pihak perguruan mendapati agenda tersebut boleh menjejaskan nama baik pihak perguruan dan persatuan.

Pihak perguruan mengalu-alukan kerjasama semua yang berkaitan untuk menjunjung kesucian, menjaga, memulihara dan menyemarakkan semula nama baik persatuan dan perguruan ke dalam dunia persilatan.

Semoga semua pihak dapat saling bekerjasama, hormat-menghormati, bertoleransi dan menjaga nama baik perguruan Persatuan Seni Silat Kunci Melayu Melaka untuk kesejahteraan bersama. Amin.

Semangat cekal jiwa berani,
Genggam arang menjadi bara,
Perubahan sikap harus diuji,
Kelak sampai ke puncak jaya.

Saya sudahi dengan wassalam w.b.t.

Isnin, 26 Julai 2010

SILAT KUNCI MELAYU MELAKA

BIOGRAFI

Diasaskan oleh Allahyarham Tuan Guru Haji Buang bin Osman, JP, BKT, PJK, PBM.


53 tahun lalu, sekitar 1960, Tuan Guru telah memulakan impiannya dengan membuka gelanggang pertama di Kampung Banda Kaba, Melaka.



Gabungan dari 3 perguruan yang dituntut sepanjang kehidupan muda beliau iaitu:

Perguruan Silat Cimande dari Allahyarham Pak Guru Wak Sirat
Perguruan Silat Harimau dari Allahyarham Pak Guru Wak Husni
Perguruan Silat Kunci dari Pak Guru Ismail Kamari


Mula didaftarkan dengan nama

Persatuan Seni Silat Kunci Melayu Melaka
SIKUME

pada 12 hb April 1988




SIKUME mempunyai lambang berbentuk bulat. Mempunyai 6 warna yang setiapnya melambangkan :


Kuning : Kedaulatan 

Merah : Kegagahan  

Putih : Kebersihan   

Coklat : Ketegasan


Hijau : Agama


Hitam : Ketenangan dan Persaudaraan

Lambang 2 bilah keris bersilang bererti keaslian seni melayu dan wajah harimau pula bererti gagah berani. Di atas wajah harimau, tercatat singkatan nama persatuan SIKUME. Di sisi wajah harimau, terdapat genggaman penumbuk yang membawa maksud perpaduan dan keutuhan dikalangan ahli-ahli persatuan. Senaskah kitab yang terbuka melambangkan kepentingan ilmu pengetahuan.  Keliling lingkaran bulatan, dibahagian atas tercatat nama Persatuan Silat Kunci Melayu dan Melaka di bahagian bawah sisi kiri dan kanan, terdapat lingkaran 2 batang bunga padi, membawa erti sihat dan makmur.


SENARAI AHLI JAWATANKUASA 2009-2011

Penasihat
YB Encik Hassan bin Rahman BKT, PJK, PBM 
Wakil Rakyat Sungai Rambai

Yang Di Pertua
Guru Utama Tuan Guru S.B.Afeid Haji Buang PJK, PBM

Timbalan Yang Di Pertua
Tuan Guru Mohamed Raffi Haji Mohamed PJK

Setiausaha
Tuan Guru Baharudin Bachek PJK

Penolong Setiausaha
Guru Sallehudin Bujang BKT, PJK, PBM, PBB

Bendahari
Guru Muda Siti Sukmah Haji Buang PBM

Ahli Jawatankuasa
Haji Zainal Abidin Abdul Hamid PJK, PBM
Guru Muda Siti Sabrinah Haji Buang PBM
Jurulatih Mat Sofian Haji Mohamad
Jurulatih Sulaiman Takim
Jurulatih Asmi Jais
Jurulatih Suhoffi Mohamad

Pemeriksa Kira-kira
Puan Saniah Yahaya
Hayati Hassan


KENANGAN TERINDAH








PERTANDINGAN SENI SILAT PESTA HULUBALANG









GELANGGANG INDUK 1977
Solok Gelanggang SIKUME Batu Berendam Melaka


























Pertandingan Seni Silat Pesta Budaya Sempena Pesta Mandi Safar
Pantai Tanjung Keling Mei 1977











Pertandingan Seni Silat Pesta Budaya Sempena Pesta Mandi Safar
Pantai Tanjung Keling Melaka















Pembukaan Gelanggang Sekolah Menengah St. Francis Infant
Bandar Hilir Melaka
1980



Pembukaan Gelanggang Sekolah Vokasional Alor Gajah Melaka
1980


Pembukaan Gelanggang Kampung Limbungan Melaka







Written by:
Zarina Hashim 2010