Kepada,
Para kerabat Persatuan Seni Silat Kunci Melayu Melaka (SIKUME).
Bahawasanya saya, Guru Utama S.B.Afeid bin Haji Buang, PJK., PBM., selaku Yang DiPertua SIKUME, ingin mengingatkan kepada semua kerabat, ahli dan bekas ahli-ahli persatuan SIKUME dan individu yang pernah dan berkaitan dengan persatuan ini, agar tidak menggunakan nama persatuan untuk agenda individu tanpa merujuk kepada keizinan dan restu dari pihak perguruan SIKUME.
Maksud agenda individu adalah seperti di bawah :-
1. Mengadakan perjumpaan atau mesyuarat rasmi atau tidak rasmi.
2. Mengadakan persembahan atau pertunjukan seni silat.
3. Mengadakan pembukaan gelanggang baru.
4. Mengadakan latihan, kursus, pertandingan secara rasmi atau tidak rasmi.
5. Mengadakan kutipan dana untuk tabung persatuan secara rasmi atau tidak rasmi.
6. Mengadakan jamuan makan atau keramaian secara rasmi atau tidak rasmi.
Jika sesiapa didapati melakukan kesalahan-kesalahan seperti tercatit di atas, pihak perguruan akan mengeluarkan surat amaran dan tunjuksebab dari pesalahlaku dan akan bersedia melakukan perundingan.
Pihak perguruan juga tidak teragak-agak untuk membawa pesalahlaku mengikut landasan undang-undang jika perlu, sekiranya pihak perguruan mendapati agenda tersebut boleh menjejaskan nama baik pihak perguruan dan persatuan.
Pihak perguruan mengalu-alukan kerjasama semua yang berkaitan untuk menjunjung kesucian, menjaga, memulihara dan menyemarakkan semula nama baik persatuan dan perguruan ke dalam dunia persilatan.
Semoga semua pihak dapat saling bekerjasama, hormat-menghormati, bertoleransi dan menjaga nama baik perguruan Persatuan Seni Silat Kunci Melayu Melaka untuk kesejahteraan bersama. Amin.
Semangat cekal jiwa berani,
Genggam arang menjadi bara,
Perubahan sikap harus diuji,
Kelak sampai ke puncak jaya.
Saya sudahi dengan wassalam w.b.t.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan