ALBUM SIKUME

Juara Masal Puteri Pertandingan Silat Seni Peringkat Sekolah-Sekolah Negeri Melaka 2010

Solo Wanita Sekolah Menengah Teknik Jasin

Jurus Wajib Sekolah Menengah St David Bukit Baru Melaka

Isnin, 6 Jun 2011

Majlis Makan Malam Sempena Kejuaraan Silat Remaja Kebangsaan ke 7

Majlis makan malam sempena Kejuaraan Silat Remaja Kebangsaan ke 7 dan Pertandingan Silat Seni DMDI yang diadakan di Dewan Seri Negeri, Hang Tuah Jaya Melaka diadakan bagi meraikan pesilat-pesilat yang hadir dari seluruh Malaysia, Thailand dan Indonesia. Dua acara yang berlangsung serentak iaitu di Dewan Gelanggang Bola Keranjang MBMB Bukit Serindit dan Melaka Mall mendapat sambutan hebat dari semua pihak. Kesungguhan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Haji Mohd Ali Rustam yang mahu menjulang semula kegemilangan ilmu persilatan melayu amat dihargai oleh pencinta dan penggiat seni warisan bangsa ini. Semoga hasrat beliau untuk mengumpul SEJUTA pesilat sedikit masa nanti akan menjadi kenyataan. Melaka juga amat berasa bangga kerana PESAKA Malaysia telah memilih Melaka untuk ditempatkan Ibupejabat PESAKA Malaysia yang akan dirasmikan tidak lama lagi. Semoga ianya akan menyemarakkan lagi dunia persilatan di tanah Hang Tuah ini. apatah lagi dengan pembinaan Perkampungan Silat yang terbesar di Asia yang terletak di Kampung Duyung Melaka.


















Kejuaraan Silat Remaja Kebangsaan Ke 7 di Melaka.

Pada 3-7 hb Jun 2011, telah berlangsung Kejuaraan Silat Remaja Kebangsaan Ke 7 yang diadakan di Dewan Gelanggang Bola Keranjang MBMB Bukit Serindit. Majlis perasmian yang disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, dilakukan dengan penuh adat dan tradisi melayu menjadikan majlis tersebut sungguh unik kepada hadirin yang menyaksikan majlis tersebut. Mengambil sedikit ucapan beliau, silat melayu bukanlah untuk bergaduh, bukan untuk berlawan. Silat Melayu banyak kesabarannya, jika seseorang dicabar, tatkala sedang marah, pesilat akan buka bunga silat. Jika tercabar lagi, pesilat akan buka langkah silat. Jika masih dicabar, pesilat akan bertahan membela diri. Jika masih diserang, barulah pesilat membuka serang, dan paling akhir barulah senjata digunakan.
Berbagai acara diselangi dengan syair dan gurindam, persembahan buka gelanggang pula dilakukan oleh Tuan Haji Mokhtar dan penyerahan keris kebesaran yang diiringi oleh 5 pahlawan simbolik kepada 5 pahlawan Melaka ( Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu) oleh bekas-bekas pesilat Negeri Melaka yang diketuai oleh Tn Guru, Ahmad Wardi Salim dan diiringi oleh Tn Guru S.B.Afeid Haji Buang, Yang DiPertua PSSKMM, Tn Guru Rahmat, Tn Guru Ramdan dan Tn Guru Mohamad.
Majlis juga amat berbesar hati kerana Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Hj Mohd Ali Rustam juga meluangkan masa seketika untuk hadir seketika bagi mengiringi Timbalan Menteri untuk menyampaikan cenderahati kepada pasukan-pasukan yang menyertai kejuaraan tersebut.